top of page

INSPIRASI

  • Writer: Admin
    Admin
  • Sep 17, 2017
  • 1 min read

SEPTEMBER

SEWING WORLD GALLERY BY Syarikat Epal

Sewing world gallery ini telah memberi pelbagai inspirasi dari produk yang dihasilkan oleh para wanita atau suri rumah. setiap produk yang dihasilkan oleh mereka dipamerkan untuk jual dan tayangan kepada customer yang datang berkunjung di tempat ini.. Tempat ini di One City Skypark USJ , Subang Jaya.

Kebanyakkan produk yang dihasilkan oleh mereka ialah PATCHWORK , SULAMAN TAMPAL , QUILTING , SULAMAN , PRINTED PICTURE dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakkan penghasilan patchwork oleh fabrik jeans , kain terpakai dan kain yang boleh diperolehi oleh pihak epal tersendiri.

KAIN PATCHWORK dari Syarikal Epal

Kain yang dijual oleh pihak epal ini juga mempunyai pelbagai corak dan variasi serta kualiti kain yang sangat bagus. Pola untuk patchwork juga dijual oleh mereka dan juga pelbagai jenis mesin jahit seperti mesin jahit biasa , mesin jahit tepi dan mesin jahit sulam. Terdapat pelbagai jenis brand mesin jahit. seperti Janome , Brothers dan lain-lain.

Syarikat Epal ini menawarkan pakej pembelajaran kepada semua golongan dan bukan sahaja para kaum ibu yang sebagai suri rumah tetapi terbuka untuk kanak-kanak dan remaja yang mempunyai minat untuk belajar menjahit. Pakej menjahit ini biasanya akan disertakan dengan mesin jahit seperti mesin jahit sulam sekali dengan proses pembelajaran. Kebiasaanya , bagi mereka yang beli mesin jahit dari pihak epal ini mereka membayar mengikut bulan dan kemampuan .

Pakej belajar sambil menjahit ini mendapat kad ahli seeumur hidup atau mengikut tahun yang diambil. ada juga kad ahli VIP dengan pakej mesin jahit yang disediakan. Dan setiap ahli mempunyai sijil serta dapat mengikuti pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak epal ini.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page